BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 8, 2012

andai cantik tetapi tidak berakhlak..

Andai cantik tetapi tidak berakhlak,
ibaratnya seperti bunga dedap,
Indah luaran tetapi tidak tertahankan bagi yang menghidu.
Mendekati hanya kerana indah,
tetapi untuk berlama - lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia,
tetapi berakhlak mulia,
ibaratnya seperti bunga seroja.
Biar putih salju,
tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu,
Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia,

itu adalah tambahan buat dirimu.
Ibarat mawar menguntum indah,
wanginya menarik sesiapa mendekati.
Namun, kecantikannya bukan mudah untuk direnggut
kerana ada duri yang tajam mengawasi.

0 comments: