BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 7, 2012

w.a.n.i.t.a

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia,
umpama kaca mata yang bersinar - sinar,
tetapi tidak melihat apa - apa.

Saturday, July 28, 2012

Amalan wanita haid ketika Ramadhan

Selamat beramal buat semua wanita 

Thursday, July 5, 2012

nearby =)


Saturday, June 16, 2012

Allah the Most Merciful



In the Name of Allah
The Most Gracious and Most Merciful

Monday, May 21, 2012

doa


Thursday, May 17, 2012

(*.*)


Dear future husband..
I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife, ever.. insyaAllah..
 I will dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be.. insyaAllah.. I will have as many children as you want. I will raise your children to be the best they can be. 
I will be the best mother.. insyaAllah..
..I WILL INSYAALLAH ..

..wait for me future one, whoever you are that Allah has provide me..

Monday, May 7, 2012

Don't leave it =)

Tak kisah la sibuk mana pun
Baca Al - Quran jangan tinggal

InsyaAllah

(ingatan untuk diri saya)

Sunday, April 29, 2012

sebelum kita ini dan itu...fikir dahulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali).

Saturday, April 28, 2012

6 JENIS WANITA (DICATAT OLEH IMAM GHAZALI)


“Jangan engkau kahwini wanita yang 6, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah & jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang Syadaqah.”


1) WANITA ANANAH
Wanita yang banyak mengeluh, mengadu & tiap saat memeperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) WANITA MANANAH
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Rasulullah saw bersabda:
Bila seseorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini,
maka bidadari yang bakal jadi isterinya di syurga berkata:
"Jangan engkau sakiti dia. Kemarahan Allah atasmu.
Dia disisimu hanya sementara, kalau dia menceraikan engkau,
dia akan kahwin dengan kami."
(Riwayat Imam Ahmad)


3) WANITA HANANAH
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 

Baginda bersabda:
"Mana-mana perempuan meminta talak dari daripada suaminya tanpa sesuatu sebab, maka haramlah ke atasnya bau syurga."
(Diriwayatkan Al-Imam Ahmad & Al-Turmuzi)

4) WANITA HADAQAH
Wanita yang melemparkan pandangan & matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu & memaksa suaminya untuk membelinya.
"Mana-mana isteri bermasam muka di hadapan suaminya yang membuatkan suaminya berasa dukacita, dia dalam kemurkaan Allah Taala sehinggalah dia senyum di hadapan suaminya."
(Diriwayatkan daripada Talhah bin Abdullah r.a)


Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana isteri berkata kepada suaminya:
"Aku tidak nampak sesuatu kebaikan daripadamu,"
Allah menghapuskan amalannya yang 70 tahun walaupun dia berpuasa pada siang hari & mendirikan qiamullail sepanjang malam."
(Diriwayatkan Ibn 'Asakir & Ibn 'Adiyy)

5) WANITA BARAQAH
Terdapat 2 makna. Pertama, wanita yang sepanjang harinya mengilatkan & menghiaskan mukanya. Kedua, wanita yang marah ketika makan & tidak mahu makan kecuali sendirian & diasingkannya bahagianya.

Sabda Rasulullah saw:
"Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian keluar dari rumah, lantas melewati sesuatu kaum supaya mereka mencium bau harumnya itu, maka dia adalah penzina."
(Riwayat Abu Daud & Al-Turmuzi)

Allah Taala berfirman:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)


6) WANITA SYADAQAH
Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata sesuatu yang baik atau hendaklah dia diam."
(Al-Bukhari)

Finding the right man for marriage is the second challenge,

The first challenge is to be the RIGHT WOMAN that a RIGHT MAN wants to marry

Sabda Rasulullah saw :
"Sebaik-baik isteri ialah perempuan yang apabila engkau melihatnya, menggembirakan. Apabila disuruh, dia taat. Apabila engkau tidak ada dia menjaga harta benda engkau & dirinya. Kemudian baginda membaca ayat yang tersebut itu.
(Riwayat Abu Daud al-Toyalisi & Ibn Abu Hatim)

Friday, April 13, 2012

syurga cinta

Sewaktu si suami menjawab bahawa 'Aku terima nikahnya'
Dia menjawab dengan ketakutan hati dan deraian airmata.
 Dia melihat
sebelah kakinya di ambang Neraka
 dan sebelahnya di Pintu Syurga.
 Dia sedar bahawa si isteri yang telah diamanahkan padanya
 bukan untuk bersuka semata
 Tetapi itu adalah ucapan lafaz
satu Amanah untuk kehidupan baru dan akan membawa ke syurga Cinta.

♥ Inilah 'calon suami' yang soleh dan mencintai kita kerana Allah ♥

Saturday, April 7, 2012

wanita


Wahai sahabatku wanita solehah
yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu
 hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana.
Mahkota kau hanya satu.
Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya!
Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu.
 Dirimu hanya untuk seorang lelaki!
Seorang lelaki yang bergelar suami..
What's the difference between Like & Love?
Well, let's just say, if you like a flower,
you pluck it.
But when you Love that flower,
you water it.


Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
ingatkan mereka bila mereka terlupa

..Ingatkan diriku, bila diriku terlupa..
 ~(*.*)~

Monday, March 26, 2012

a good wife & husband


Wanita itu diciptakan oleh Allah,

istimewa utk kebahagian Suami seorang,

Bukanlah untuk dikongsi oleh semua Lelaki.

Sunday, March 11, 2012

MashAllah ♥


He prayed finished and walked over to his wife.
 He sat down with her and took her hands.
He began to read something while he held her fingers.
She asked, what do you do?”
 He answered,
I finished my prayer and got ready to do Tasbih on your hands so we can share the AJR,
 and inshAllah we will be together in paradise too.”

waaaa..  MashAllah

Friday, March 9, 2012

Anak : Ayah,boleh tak Faiz tanya sesuatu?
Ayah : Ya. Nak tanya apa?
Anak : Berapa pendapatan ayah sejam?
Ayah : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk nak tanya?
Anak : Faiz saja nak tahu ayah, tolonglah beritahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?
... Ayah : 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu?
Anak : Oh...

(Kemudian memandang ayahnya sambil bertanya)

Anak : Boleh tak Faiz pinjam 10 ringgit?
Ayah : Oh... Itu sebenarnya nak dari ayah. Nak buat apa minta 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?Jangan membazir. Ayah cari duit penat-penat bukan nak bazirkan sebarangan. Sekarang pergi tidur.

Faiz pun berjalan menuju ke bilik. Manakala si Ayah memikirkan mengapa si anak memerlukan wang sebanyak itu. Dengan perasaan bersalah Si Ayah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.Didapati anaknya belum tidur.

Ayah : Kalau kamu betul-betul perlu duit ini ambillah.
Anak : Terima kasih ayah..

Kemudian si anak tercari-cari sesuatu di bawah bantalnyadan mengeluarkan sekeping not 10 ringgit yg sudah renyuk.Bila ternampak duit itu Si ayah mulai berang semula.

Ayah : Kenapa kamu minta lagi sedangkan kamuada duit sebanyak itu?
Dan dari mana kamu mendapat duit sebanyak itu?
Anak : Duit ni Faiz kumpul dari duit belanja sekolah. Faiz minta lagi sebab duit ni tak ckup..
Ayah : Tak cukup nak beli apa??
Anak : Sekarang Faiz ada 20 ringgit.Ayah ambil lah duit ni.Faiz nak beli sejam dari masa ayah.Faiz nak ayah balik awal esok.Faiz rindu nak makan malam bersama-sama ayah.

wanita insan istimewa


Didiklah wanita dengan Keimanan kepada Allah
bukan kerana harta yang bertimbun
Kerana dia insan yang Istimewa

Thursday, March 8, 2012

andai cantik tetapi tidak berakhlak..

Andai cantik tetapi tidak berakhlak,
ibaratnya seperti bunga dedap,
Indah luaran tetapi tidak tertahankan bagi yang menghidu.
Mendekati hanya kerana indah,
tetapi untuk berlama - lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia,
tetapi berakhlak mulia,
ibaratnya seperti bunga seroja.
Biar putih salju,
tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu,
Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia,

itu adalah tambahan buat dirimu.
Ibarat mawar menguntum indah,
wanginya menarik sesiapa mendekati.
Namun, kecantikannya bukan mudah untuk direnggut
kerana ada duri yang tajam mengawasi.

~(*.*)~



Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan aku.
Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan aku
Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan aku
Jika wanita kaya yang dicari, ia bukan aku
Jika wanita berpurdah yang dicari, ia juga bukan aku.

Tapi, jika wanita yang ingin dibimbing.
Ya. Itulah aku.
Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada aku.

Monday, February 20, 2012

wanita


Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya.

Semarah-marah seorang wanita pasti akan hilang jua.

Dalam benci seorang wanita, pasti ada kasih sayang jua.

Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya.
Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu.
Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta.
Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan-Nya.

Monday, February 13, 2012

kelembutan hati wanita

Saat ia ingin berkata-kata, ia diam.
Saat ia ingin marah, ia bersabar dalam keheningan.
Saat ia ingin menangis, ia tertawa.
Saat ia direndahkan, ia mengucap syukur.
Saat ia ditinggalkan, ia menunggu untuk kembali.
Saat ia dihina, ia mencinta.
Saat ia disakiti, ia mengampuni.
Saat ia ingin pergi, ia menunggu meski tak pasti.
Saat ia ingin berhenti, ia berlari.
Saat ia lelah, ia tak menyerah.
Saat ia ragu-ragu, ia bertahan.
Saat putus asa, ia berdoa.

Wanita, lebih lembut daripada cinta.
Mulia dalam ketidakmuliaan.
Keindahan yang terasing bagai mutiara.
Siapakah yang akan menemukannya?

wanita itu cantik

Cantik wanita kerana kejernihan wajah.
Manis wanita kerana senyumannya yg indah.
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah.
Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

wanita ahli syurga



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri mestilah sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Tuesday, February 7, 2012

doa

Wednesday, February 1, 2012

bangun pagi baca doa



Friday, January 20, 2012

baca doa dulu sebelum belajar oh diri saya



Ya Allah

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba,

Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba,

Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba,

Ya Allah, hamba berlindung kepada - Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau

Amin