BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 22, 2009

fikir

1. Seseorang yang masuk kerja pukul
8:35 am sedangkan waktu mula kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat
datang kerja TETAPI jika seseorang itu
sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau
2:30 pm masih dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan
masuknya waktu Zohor di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30
pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika
terutamanya di saat perang ini TETAPI
ramai daripada kita tak boleh tinggal
rokok yang dibuat oleh orang Amerika
di negara kita ini dan tidak kurang
juga di kalangan kita yang menjadi
peminat dan pembeli setia filem-filem
Amerika yang kaya dengan propaganda
itu terutamanya filem-filem aksi dan
perang. Di satu sudut kita penentang
dan di satu sudut yang lain kita
penyokong dan pendokong mereka. Adakah
ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim
amanah saham maka berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan
katanya TETAPI bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu)
untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM
pun cukup payah dari rakyat Malaysia
yang lebih 22 juta ini malah ada yang
ambil masa berbulan-bulan walaupun
mendapat publisiti meluas melalui
media massa. Mana yang lebih kita
cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu
bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak
kecil dan membuang bayi merata-rata
seperti sampah TETAPI kita jarang rasa
sedih dan terharu bila ramai ibubapa
yang mendera anak-anak secara
maknawinya dengan tidak mendidik
menjadi anak-anak yang soleh seperti
mengenalkannya Allah, sembahyang,
hormat orang tua, tutup aurat dan
sebagainya agar tidak didera oleh
malaikat di dalam kubur dan Neraka.
Bukankah penderaan bentuk ini lebih
meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan buang anak juga iaitu
buang anak dalam api neraka? Mana
lebih hina buang anak dalam tong
sampah atau buang anak dalam api
Neraka? Anak yang di buang dalam tong
sampah belum tentu masuk Neraka kalau
dia hidup tapi anak yang tidak dididik
dengan sempurna akan rosak hidupnya
yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat
ucapkan terima kasih pada sesiapa yang
membantu kita dan akan kenangkan
budinya sampai bila-bila TETAPI dengan
Tuhan yang memberikan kita segala
nikmat yang tak terhitung banyaknya,
setiap detik dan setiap masa, kita
jarang rasa terhutang budi dan
berterima kasih setiap masa dengan
cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina
bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa
malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin,
kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak
ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan
amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini
pergunakan agama untuk kepentingan
diri namanya. (Kalau perangai macam tu
macam mana isteri nak bagi kahwin
lain. )


10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup
seruling kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI
pemimpin yang sama juga di pentas yang
lain memalu gendang permusuhan,
menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia
jahat, dia tak betul, dia menyeleweng
dan sebagainya TETAPI kita jarang
sekali rasa aku jahat, aku berdosa,
aku tidak betul, aku bersalah, kerana
aku dia jadi begitu sedangkan sikap-
sikap ini sangat dianjurkan




**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di
Jalan Allah**

Wednesday, January 28, 2009

Bila AL - QURAN mula bersuara!!!!!!


Waktu engkau masih kanak - kanak..
Kau laksana teman sejatiku
Dengan wudhuk, aku kau sentuh dalam
keadaan suci, aku kau pegang
Aku, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau tidak lagi berminat padaku
Apakah aku bahan bacaan usang yang tinggal
sejarah??
Menurutmu, aku mungkin bahan bacaan yang
tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil
yang belajar mengaji
Sekarang, aku tersimpan rapi sekali
Sehingga engkau terlupa di mana aku disimpan
Aku sudah kau anggap hanya sebagai pengisi setormu...

Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar
engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kaubuat penangkal untuk menakuti
iblis dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir,
dibiar sendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci,
aku engkau pendamkan.
Dulu...engkau pagi - pagi lagi sudah kaualunkan
Waktu petang..aku kaubaca beramai - ramai..
bersama temanmu di surau..

Sekarang....seawal pagi sambil minum kopi
Engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang kaubaca buku karangan
manusia..
Sedangkan aku hanya yang berisi kalimah Allah
kau abaikan..

Waktu berangkat kerjapun kadangkala kau
lupa basmalah
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik
menikmati musik duniawi
Tiada kaset yang berisi ayat Allah
Sepanjang perjalanan, radiomu bertuju ke
siaran lagha lagi mengasyikkan..

Di meja kerjamu tiada aku untuk kaubaca
sebagai mukadimmah kerjamu
Di komputermu kau putar musik
kegemaranmu
Jarang sekali kauputar ayat - ayatku
e-mail temanmu yang berisi ayat - ayatku
kauabaikan
engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu
benarlah dugaanku,
engkau benar - benar hampir melupaiku
bila malam tiba
engkau tahan bersekang mata menonton
televisyen
di depan komputer kaubetah duduk hanya
sekadar membaca berita murahan dan
gambar sampah..
waktupun cepat berlalu..
aku semakin kusam dalam lacimu
mengumpul debu dan mungkin dimakan hama...

Seingatku, hanya awal Ramadhan..
kaubacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafaz tidak semerdu
dahulu
Engkaupun kini terangkak - rangkak ketika
membacaku..
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu..

Bila engkau di kubur sendirian menunggu
sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat
suruhan - Nya..
Apakah TV, radio, hiburan, atau computer
dapat menolong kamu??
Yang pasti ayat - ayat Allah s. w. t yang ada
padaku dapat menolongmu,
Itulah janji Allah s. w. t....

Sekarang engkau begitu enteng
membuang waktumu
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya
Kubur yang setia menunggumu
Engkau pasti kembali, kembali pada
Tuhanmu...

Jika engkau ingin baca selalu dan engkau
hayati
Di kuburmu nanti...
Aku akan datang sebagai pemuda gagah
nan tampan..
Yang akan membantu
engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat
Dan akulah ''al - Quran'', kitab sucimu
Yang sentiasa menemani dan melindungimu....

Peganglah aku kembali
Bacalah aku kembali setiap hari
Kerana ayat - ayat yang ada padaku
adalah ayat - ayat suci...
Yang berasal dari Allah Azzawajalla..
Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah...
Yang disampaikan oleh Jibril melalui..
Rasulmu
Keluarkan segera aku dari almarimu..
Letakkan aku di hadapan meja kerjamu..
Agar engkau sentiasa mengingati
Tuhanmu...
Sentuhilah aku kembali...

Baca dan pelajari aku lagi..
Setiap datangnya pagi, petang, dan malam...
hari walau secebis ayat..
Seperti dulu...waktu engkau masih kecil...
Di surau kecil kampungmu yang damai..
Jangan engkau biarkan akusendiri
Dalam bisu dan sepi....


Wednesday, January 21, 2009

Palestine



ZIONIS!!



ZIONIS tidak dibentuk atas dasar agama. Zionisme adalah dasar imperialis yang membuat keuntungan melalui dasar kapitalis. Setengah abad peperangan di timur tengah adalah dasar untuk mengawal kekuatan dunia yakni minyak di arab, yang dianggarkan berjumlah AS$15 trilion (dgn harga AS$25 setong pada tahun 2002)

Zionis didirikan atas dasar mengeksploitasi, membunuh untuk keuntungan. Negara yang haus peperangan kerana minyak. Zionis menyebabkan kesengsaraan manusia lain.

Tahun 1897, kumpulan intelektual yahudi di Eropah bermesyuarat di Basle, Switzerland dipimpin oleh seorang peguam Austria, Theodore Herzi membincangkan agar Yahudi di Eropah mendapat tempat tinggal. Antara dicadangkan adalah di Argentina, Uganda (kedua-duanya ditolak). Akhirnya mereka mencadangkan tanah suci Palestine dan ia diterima sebulat suara didalam mesyuarat tersebut .

Tanah inilah merupakan replica kolonialis Eropah. Dan pertukaran orang yahudi dibuat secara besar besaran masuk ke tanah palestin. Projek ini mendapat bantuan besar daripada golongan zionis di Great Britain, AS dan Eropah.

Dalam deklarasi Balfour tahun 1947, AS mempengaruhi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (pbb) untuk meluluskan cadangan bahawa setengah daripada bumi palestin akan dihuni oleh bangsa Yahudi. Maka lahirlah Negara yahudi zionis Israel pada tahun 1948.

Setelah itu penaklukan terhadap kawasan orang palastin dilakukan berperingkat peringkat menerusi peperangan tahun 1948,1956,1967,1982 dan 2002. Tahun 1948 pengambilan kawasan Galilee, kawasan Auja dan koridor Jerusalem di mana kawasan ini adalah milik palestin menerusi Resolusi PBB 181.

Tahun 1956, Israel dengan kerjasama Great Britain dan Perancis menakluk mesir, semenanjung Gaza dan Sinai. Tahun 1967 Israel menakluk sekali lagi daerah palestin di semenanjung Gaza. Terus menjajah Sinai, tebing barat (West Bank) dan bukit Golan.

Justeru amaran yang tegas daripada Presiden AS waktu itu Eisonhower telah memaksa Israel keluar dari semenanjung Gaza dan Sinai.

Tahun 1978, Israel menakluk selatan Lebanon dan seterusnya menakluk ibu Negara Lebanon, Beirut pada 1982. walaupun meninggalkan Lebanon tetapi Israel mengambil selatan Lebanon sebagai jajahannya.

Israel pernah melancarkan perang ke Syria, Lebanon, Jordan, Iraq, Mesir , Yemen dan Tunisia. Semua ini dilakukan atas bantuan AS dan Great Britain dari segi persenjataan yang canggih sokongan moral yang kuat.

Palestin sama seperti bangsa AS merampas kawasan-kawasan penduduk Dayak di AS. Semua Resolusi PBB dilanggar kerana atas persetujuan AS.

Zionis Yahudi membalas dendam terhadap penduduk Palestine kerana mengingatkan perbuatan NAZI Jerman keatas mereka sewaktu Hitler memerintah Jerman suatu waktu itu. Dasar barbarian dan terorisme dilakukan untuk membunuh orang palestin.

Penyembelihan orang palestin yang terakhir adalah di Jeni pada April 2002 dan saat ini tahun 2009 perlakuan yang sama dilakukan di Gaza.

Propaganda Zionis adalah meminta bantuan AS dengan mengatakan mereka memanjangkan hak kolonial di rantau Timur Tengah.

Dalam Negara Israel terdapat satu juta warga Palestin, yang menjadi warganegara Israel. Pemerintah Israel menggunakan orang palestin untuk kepentingan mereka. Semua Negara didunia tahu Zionis yahudi adalah rasist.

PBB sendiri membuat resolusi 3379 pada tahun 1975 yang menganggap zionis ialah rasist. Cuma pada waktu krisis di teluk, presiden Bush memaksa PBB menarik balik resolusi tersebut. Rasist adalah kerajaan pendatang ke Israel cuma yahudi; Zionis menindas orang palestin dengan memberi gaji Cuma separuh dibandingkan dengan orang yahudi, dan tidak ada bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja palestin.

Eksploitasi dibuat keatas tanah-tanah palestin dan orang palestin dihalau dan dibunuh. Saat ini Israel menguasai hampir 80 peratus tanah kepunyaan orang palestin. Pada hal resolusi PBB pada tahun 1947 Israel mendapat 58 peratus tanah jajahannya.

Sekarang palestin cuma menduduki dan memilik 22 peratus. Itu pun dikuasai oleh tentera Zionis.

Sebuah parti di Israel, yakni Parti Buruh (Labor Party) mempunyai dasar lebih liberal terhadap Palestin tetapi tidak mendapat sokongan dari bangsa Israel.

PELARIAN______________________________________________________________

Perjumpaan di Camp David antara Ehud Barak dan Yasser Arafat pada September 2000, Barak meminta penduduknya tinggal di Tebing Barat (West Bank) mengawal Bandar palestin dengan jalan-jalan yang dibina oleh Israel dan Palestin tidak dibenar mempunyai sempadan dengan Jordon dan Mesir; tidak membenarkan palestin mengawal timur Jerusalem dan tidak bertanggungjawab pada ‘pelarian’. Ringkasnya semua kawasan palestin ditawan oleh Zionis Yahudi.

Awal abad ke-20 Zionis adalah rakan rapat Great Britain yang membantu terciptanya Negara Israel. Apabila AS menjadi super power, pada pertengahan abad ke-20 Zionis mengubah rakannya kepada AS dan turut mempengaruhi Negara tersebut.

Bukti nyata ialah bantuan kewangan untuk membeli senjata setiap tahun adalah terlalu tinggi kepada Israel(walaupun hutang AS sebanyak AS$6 trilion). Bantuan AS kepada Israel memaksa penduduknya membayar AS$135 bilion, yakni AS$23,240 bagi tiap tiap warganya setiap tahun.

Pelobi kongres AS adalah terdiri daripada orang yahudi yang berpangkat tinggi di senat pemerintah AS. Ini yang membuatkan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon dahulu tidak takut dengan presiden Bush. Walau pun Bush meminta Israel keluar dari Tebing Barat pada tahun 2002 tidak diendahkan oleh Sharon.

Sejak Perang Teluk dan Iraq ditakluki, Zionis membawa AS untuk terus berperang dengan negar Arab lain dan konflik ini berpanjangan hingga saat ini. Kejayaan Zionis dapat membawa Bush untuk berperang dengan iraq sewaktu krisis Iraq-Kuwait kerana Zionis Yahudi amat takut dengan kebangkitan Saddam Hussein pada waktu itu.

Penaklukan AS ke atas iraq memberi banyak keuntungan kepada Zionis Israel. Inilah yang dicita-citakan oleh Zionis. Israel Cuma berhasrat untuk menumpang kekayaan minyak di Iraq. Ini termasuk cita-cita untuk menakluki semua Negara di timur tengah, termasuk tanah-tanah subur di Lembah Nil dan Euphrates dan kekayaan minyak Negara timur tengah yang lain.

Inilah senario yang membuat perang berpanjangan, pertumpahan darah di Palestin. Inilah harga kemanusiaan yang diimpikan oleh Zionis Israel termasuk Great Britain menyebabkan semua Negara arab dalam ketakutan. Tidak terdapat sebuah Negara Islam didunia hari ini mempunyai senjata canggih untuk menentang.

Zaman penjajahan kolonial berulang kembali. Yakni imperialis Zionis, siapa yang berani mencuba melawan, padahnya adalah apa yang berlaku pada Saddam Hussein di Iraq.

Hanya doa agar suatu waktu akan lahir seirang pemimpin Islam yang gagah berani seperti Sallahuddin Alayubi yang sanggup turun dari singgahsana dan berlinang air mata mengajak seluruh umat islam agar bangkit membela islam. Inilah yang mungkin ditunggu oleh segenap umat ISLAM di dunia ini.



PROF.DR.BUKHARY ISMAIL
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam









Addeen Guardian®

Friday, January 2, 2009


^^^be like them..^^^

MUSLIMAH


"BE A REAL MUSLIMAH"