BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 29, 2012

sebelum kita ini dan itu...fikir dahulu

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !



Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali).

Saturday, April 28, 2012

6 JENIS WANITA (DICATAT OLEH IMAM GHAZALI)


“Jangan engkau kahwini wanita yang 6, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah & jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah, dan yang Syadaqah.”


1) WANITA ANANAH
Wanita yang banyak mengeluh, mengadu & tiap saat memeperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2) WANITA MANANAH
Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Rasulullah saw bersabda:
Bila seseorang isteri menyakiti hati suaminya di dunia ini,
maka bidadari yang bakal jadi isterinya di syurga berkata:
"Jangan engkau sakiti dia. Kemarahan Allah atasmu.
Dia disisimu hanya sementara, kalau dia menceraikan engkau,
dia akan kahwin dengan kami."
(Riwayat Imam Ahmad)


3) WANITA HANANAH
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 

Baginda bersabda:
"Mana-mana perempuan meminta talak dari daripada suaminya tanpa sesuatu sebab, maka haramlah ke atasnya bau syurga."
(Diriwayatkan Al-Imam Ahmad & Al-Turmuzi)

4) WANITA HADAQAH
Wanita yang melemparkan pandangan & matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu & memaksa suaminya untuk membelinya.
"Mana-mana isteri bermasam muka di hadapan suaminya yang membuatkan suaminya berasa dukacita, dia dalam kemurkaan Allah Taala sehinggalah dia senyum di hadapan suaminya."
(Diriwayatkan daripada Talhah bin Abdullah r.a)


Rasulullah saw bersabda:
"Mana-mana isteri berkata kepada suaminya:
"Aku tidak nampak sesuatu kebaikan daripadamu,"
Allah menghapuskan amalannya yang 70 tahun walaupun dia berpuasa pada siang hari & mendirikan qiamullail sepanjang malam."
(Diriwayatkan Ibn 'Asakir & Ibn 'Adiyy)

5) WANITA BARAQAH
Terdapat 2 makna. Pertama, wanita yang sepanjang harinya mengilatkan & menghiaskan mukanya. Kedua, wanita yang marah ketika makan & tidak mahu makan kecuali sendirian & diasingkannya bahagianya.

Sabda Rasulullah saw:
"Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian keluar dari rumah, lantas melewati sesuatu kaum supaya mereka mencium bau harumnya itu, maka dia adalah penzina."
(Riwayat Abu Daud & Al-Turmuzi)

Allah Taala berfirman:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)


6) WANITA SYADAQAH
Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata sesuatu yang baik atau hendaklah dia diam."
(Al-Bukhari)

Finding the right man for marriage is the second challenge,

The first challenge is to be the RIGHT WOMAN that a RIGHT MAN wants to marry

Sabda Rasulullah saw :
"Sebaik-baik isteri ialah perempuan yang apabila engkau melihatnya, menggembirakan. Apabila disuruh, dia taat. Apabila engkau tidak ada dia menjaga harta benda engkau & dirinya. Kemudian baginda membaca ayat yang tersebut itu.
(Riwayat Abu Daud al-Toyalisi & Ibn Abu Hatim)

Friday, April 13, 2012

syurga cinta

Sewaktu si suami menjawab bahawa 'Aku terima nikahnya'
Dia menjawab dengan ketakutan hati dan deraian airmata.
 Dia melihat
sebelah kakinya di ambang Neraka
 dan sebelahnya di Pintu Syurga.
 Dia sedar bahawa si isteri yang telah diamanahkan padanya
 bukan untuk bersuka semata
 Tetapi itu adalah ucapan lafaz
satu Amanah untuk kehidupan baru dan akan membawa ke syurga Cinta.

♥ Inilah 'calon suami' yang soleh dan mencintai kita kerana Allah ♥

Saturday, April 7, 2012

wanita


Wahai sahabatku wanita solehah
yang cantik kerana akhlak & budi pekertimu..
Jangan sekali-kali kau gadaikan segala apa yang Allah telah kurniakan untukmu
 hanya untuk menarik perhatian lelaki-lelaki diluar sana.
Mahkota kau hanya satu.
Hanya satu untuk dipelihara dengan sebaiknya!
Dirimu bukannya bahan tontotan ramai lelaki untuk penyedap nafsu.
 Dirimu hanya untuk seorang lelaki!
Seorang lelaki yang bergelar suami..
What's the difference between Like & Love?
Well, let's just say, if you like a flower,
you pluck it.
But when you Love that flower,
you water it.


Jika kau kasihkan orang yang kau kasihi,
ingatkan mereka bila mereka terlupa

..Ingatkan diriku, bila diriku terlupa..
 ~(*.*)~