BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 22, 2009

fikir

1. Seseorang yang masuk kerja pukul
8:35 am sedangkan waktu mula kerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat
datang kerja TETAPI jika seseorang itu
sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau
2:30 pm masih dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan
masuknya waktu Zohor di Semenanjung
Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30
pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika
terutamanya di saat perang ini TETAPI
ramai daripada kita tak boleh tinggal
rokok yang dibuat oleh orang Amerika
di negara kita ini dan tidak kurang
juga di kalangan kita yang menjadi
peminat dan pembeli setia filem-filem
Amerika yang kaya dengan propaganda
itu terutamanya filem-filem aksi dan
perang. Di satu sudut kita penentang
dan di satu sudut yang lain kita
penyokong dan pendokong mereka. Adakah
ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim
amanah saham maka berduyun-duyunlah
orang pergi melabur untuk masa depan
katanya TETAPI bila ada pelancaran
Tabung Derma (saham Akhiratlah tu)
untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM
pun cukup payah dari rakyat Malaysia
yang lebih 22 juta ini malah ada yang
ambil masa berbulan-bulan walaupun
mendapat publisiti meluas melalui
media massa. Mana yang lebih kita
cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu
bila mendengar atau melihat ada
ibubapa yang mendera fizikal anak-anak
kecil dan membuang bayi merata-rata
seperti sampah TETAPI kita jarang rasa
sedih dan terharu bila ramai ibubapa
yang mendera anak-anak secara
maknawinya dengan tidak mendidik
menjadi anak-anak yang soleh seperti
mengenalkannya Allah, sembahyang,
hormat orang tua, tutup aurat dan
sebagainya agar tidak didera oleh
malaikat di dalam kubur dan Neraka.
Bukankah penderaan bentuk ini lebih
meluas di serata dunia ? Bukankah ini
satu perbuatan buang anak juga iaitu
buang anak dalam api neraka? Mana
lebih hina buang anak dalam tong
sampah atau buang anak dalam api
Neraka? Anak yang di buang dalam tong
sampah belum tentu masuk Neraka kalau
dia hidup tapi anak yang tidak dididik
dengan sempurna akan rosak hidupnya
yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat
ucapkan terima kasih pada sesiapa yang
membantu kita dan akan kenangkan
budinya sampai bila-bila TETAPI dengan
Tuhan yang memberikan kita segala
nikmat yang tak terhitung banyaknya,
setiap detik dan setiap masa, kita
jarang rasa terhutang budi dan
berterima kasih setiap masa dengan
cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina
bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa
malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin,
kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak
ikut sunnah Nabi SAW bila nak
berpoligami TETAPI cara kehidupan dan
amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini
pergunakan agama untuk kepentingan
diri namanya. (Kalau perangai macam tu
macam mana isteri nak bagi kahwin
lain. )


10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup
seruling kedamaian, bersatu dan
berkasih sayang sesama manusia TETAPI
pemimpin yang sama juga di pentas yang
lain memalu gendang permusuhan,
menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia
jahat, dia tak betul, dia menyeleweng
dan sebagainya TETAPI kita jarang
sekali rasa aku jahat, aku berdosa,
aku tidak betul, aku bersalah, kerana
aku dia jadi begitu sedangkan sikap-
sikap ini sangat dianjurkan




**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di
Jalan Allah**