BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 5, 2011

muslimah

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;kerana malu itu,sebahagian dari iman.

...^__________________^...

0 comments: