Friday, January 20, 2012
Ya Allah
Posted by Nur Idzhainee Hashim at 1:24 AM 0 comments
Wednesday, October 19, 2011
Wednesday, October 5, 2011
muslimah

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;kerana malu itu,sebahagian dari iman.
...^__________________^...
Posted by Nur Idzhainee Hashim at 12:05 AM 0 comments
Sunday, September 18, 2011
ingatan~
Hasan basri sering ditanya oleh seorang lelaki yang sangat ingin berqiamulail tetapi x dapat, maka dijawabnya : ذنوبك قديدتك maksudnye: dosamu telah mengikatmu... pernah juga Hasan Basri berkata: Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia diharamkan qiamulail dan juga diharamkan puasa dengan sebab-sebab dosanya... kata fudhail bin iyad: apabila kamu tidak mampu bangun qiamulail dan berpuasa siang hari maka ketahuilah bahawa kamu diharamkan dan diberatkan.. Diberatkan dengan dosa-dosamu...ayuh pejuang isi malam-malam kita dengan munajat pd Allah.. Jangan kita umpama keldai di siang hari (bekerja bersungguh-sungguh) tp menjadi bangkai di malam hari (nyenyak tidur tanpa bangun malam..)
Posted by Nur Idzhainee Hashim at 11:15 PM 0 comments





