BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 19, 2011

doa untuk ibu bapa



Wednesday, October 5, 2011

muslimah

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;kerana malu itu,sebahagian dari iman.

...^__________________^...

Sunday, September 18, 2011

ingatan~


Hasan basri sering ditanya oleh seorang lelaki yang sangat ingin berqiamulail tetapi x dapat, maka dijawabnya : ذنوبك قديدتك maksudnye: dosamu telah mengikatmu... pernah juga Hasan Basri berkata: Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia diharamkan qiamulail dan juga diharamkan puasa dengan sebab-sebab dosanya... kata fudhail bin iyad: apabila kamu tidak mampu bangun qiamulail dan berpuasa siang hari maka ketahuilah bahawa kamu diharamkan dan diberatkan.. Diberatkan dengan dosa-dosamu...ayuh pejuang isi malam-malam kita dengan munajat pd Allah.. Jangan kita umpama keldai di siang hari (bekerja bersungguh-sungguh) tp menjadi bangkai di malam hari (nyenyak tidur tanpa bangun malam..)

Thursday, September 15, 2011

berdoa

" Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan! dan sesungguhnya Allah tidak akan mengkabulkan doa daripada hati yang lalai dan berpaling"

(HR At - tirmizi)

Wednesday, August 10, 2011

.Mari mengaji.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al - Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al - Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Tuesday, May 10, 2011

La Tahzan

Jangan hadirkan sedih dalam hatimu


Jangan hadirkan duka dalam perassanmu



Jangan hadirkan benci dalam ujianmu



Ingatlah..


Bukan kau seorang saja yang sering diduga



Para rasul mulia lebih terseksa



Mereka bahagia dalam derita



Mereka kaya dalam papa



Mereka merasai ramai



walaupun keseorangan

memadai dengan hanya Allah peneman hati



itulah kebahagiaan sebenar



Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. (al - Baqarah:216)

Tuesday, March 1, 2011



Anak-anak muda mula tua,

Orang-orang tua pun menghilang

pagi berlalu dan sore pun datang

siang berganti malam dan malam berganti siang

Generasi demi generasi silih berganti

Pagi petang kita mencari keperluan

Sedangkan keperluan orang hidup tiada habisnya

keperluan seseorang habis seiring dengan

kematiannya

Tiada keperluan yang kekal kecuali amal soleh



Friday, February 11, 2011

Selamat beramal ~


" Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi banyak tapi diiringi dengan riak."
Jadi sama - samalah kita perbetulkan niat kita.

Sunday, January 23, 2011

Ingatan untuk diri ~



Anak yang soleh & solehah sentiasa mendoakan kedua ibu - bapanya. Serta menghormati mereka dalam setiap masa.

Saturday, January 22, 2011



Ketika wanita sudah mulai tumbuh remaja, tak ubahnya seperti sekuntum bunga mawar yang sedang mekar. Mata tertarik untuk melihatnya sebagai sekuntum mawar, jika tidak ada tukang taman yang merawat dan mengawasinya dari sentuhan tangan orang, tentu daunnya akan kering dan aromanya segera sirna.

Tuesday, January 4, 2011

buat renungan...



Jika ilmu itu tidak memberi manfaat
kepadamu
maka yang lebih baik dari itu seandainya engkau
bodoh
jika pemahamanmu menjuruskanmu pada tempat
yang berbahaya
maka alangkah baiknya dan alangkah baiknya
engkau tidak faham.
Lari dari terik matahari dan mengeluh
Apakah engkau tidak akan lari dari neraka
Jahannam?
Kasihan sekali orang yang berbuat dosa
Dirimu tidak engkau kasihi.